Tuesday, April 7, 2009

ZIRAS Akan Beroperasi.


Sekarang kami sudah 60% ke 70% hampir siap untuk beroperasi sepenuhnya, InsyaAllah, dan sekarang kami dalam proses menyediakan kolam plastik untuk pembenihan, yakni mengatur
kedudukan kolam, menyambung saluran blower, menyediakan kolam pasaran dan sebagainya. Induk dan barangan pembenihan seperti alat greeding, makanan rega, telah ditempah beberapa hari lepas dan pada hari ini tempahan kami telah siap untuk di ambil daripada pembekal tersebut. Kami amat berharap projek dan percubaan kami untuk kali ini akan membuahkan hasil dan berjaya. InsyaAllah. Semoga semuanya akan berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

Saturday, March 7, 2009

Projek Terbaru


Setelah sekian lama, Alhamdulillah, akhirnya kami dapat memulakan projek yang telah kami rancangkan sebelum ini. iaitu menceburkan diri dalam bidang akuakultur, pembenihan ikan keli sedikit demi sedikit. Rancangan awalan kami ialah membina sebuah kolam asuhan untuk anak ikan berupa kolam konkrik berdasar tanah ditepi pondok dikawasan operasi yg telah kami bina terlebih dahulu. Anggaran kos adalah RM1900, Pembiayaan adalah di tanggung oleh kami sepenuhnya.




Thursday, November 27, 2008

Mukadimah


Buat masa ini kami masih lagi dalam proses perbincangan, penyiapan plan dan sebagainya sebelum betul-betul beroperasi sepenuhnya. Sebagai usahawan muda dan baru menapak di dalam bidang ini banyak yang perlu kami lakukan dan pelajari untuk memulakan sesuatu yang di rancang. Jadi ianya agak memerlukan dan memakan sedikit masa. Sebelum ini kami pernah mengalami kegagalan dalam dunia usahawan tani ini disebabkan pelbagai faktor, dan menyebabkan kami hampir berputus asa. Tapi setelah di fikirkan kembali, dan setelah agak lama menyepi kami membuat keputusan untuk kembali dan menyambung balik apa yang pernah kami lakukan, dan kali ini kami akan belajar dari pengalaman lalu dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kami. InsyaAllah. diharap kali ini usaha kami akan berjaya. Bak kata orang tua-tua dulu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bukan senang nak jadi senang. Jadi, website ini adalah salah satu usaha untuk kami memperkenalkan syarikat kami dan produk yang bakal kami hasilkan iaitu menghasilkan anak benih keli di pasaran selangor khususnya. di harap bagi yang berminat, akan terus mengikuti perkembangan kami ya. Terima kasih.

Monday, November 24, 2008

Imbasan 2007 Team Ziras.

Kolam ini di selengara oleh kami dan kolam ini merupakn kolam yang pertama kami untuk memelihara ikan keli pasaran, pembinaannya mengambil masa 1 bulan 1 minggu. Pembuatannya amat susah dan rumit, disebabkn kawasanya yg dalam dan ditambah lagi dengan musim hujan, barang-barang seperti lori batu-bata, lori simen redimade dan mesin case tidak dpt melalui kawasan jalan menghala ke tempat kami. kos nya meningkat berlipat kali ganda disebab masalah tanah yang lembut. Jumlah kos sebenar kolam adalah RM15ribu meningkat kepada RM20ribu.

Banyak kenangan pahit yg kami lalui sepanjang mengusahakan kolam ini. Kami pernah kehilangan modal disebabkan pemberian makanan untuk ikan, selain dari itu kekurangan air bersih, masalah saliran yang kurang baik, kurang pengalaman dan tidak berkesefahaman antara kami membuatkan projek ini tidak diselenggara dengan baik dan akhirnya menemui kegagalan.


Sunday, November 23, 2008

Team Ziras Akuakultur di Aquafair KLCC




Gambar : (Berdiri, dari Kiri,) Zaki, Izan, ( duduk) Raja dan Azlan.

Kami mengadakan lawatan ke Aquafair KLCC pada 23 November untuk mendapatkan info dan meluaskan pandangan mengenai bidang akuakultur walaupun pameran yang diadakan lebih tertumpu kepada sektor Penternakan Ikan Hiasan air tawar. Pameran yang diadakan sungguh menarik dan bertaraf antarabangsa melibatkan beberapa buah negara. Sungguh mengembirakan berada di sana dan kami dapat melihat pelbagai jenis ikan hiasan yang jarang di lihat.

Friday, November 21, 2008

Ziras Akuakultur Enterprise


LOGO ZIRAS AKUAKULTUR

Merupakan sebuah syarikat enterprise yang ditubuhkan pada 17 Julai 2007, oleh 5 orang sahabat baik dan sepenuhnya dimiliki oleh Bumiputera. Syarikat Ziras Akuakultur Enterprise mengkhususkan perniagaan dalam bidang penternakan ikan air tawar atau Akuakultur dan pertanian di cawangan atau daerah Kuala Selangor, Selangor. Projek awal yang dijalankan adalah penternakan ikan keli didalam kolam simen. Tetapi kini syarikat beralih kepada projek pembenihan ikan keli untuk membekalkan anak ikan keli di dalam pasaran dalam negeri sebagai satu langkah permulaan.

Matlamat -

- Membekalkan anak benih ikan keli serata Malaysia khususnya di Selangor.

- Membekalkan dan mengeluarkan produk yang dijamin bersih, suci, halal dan
berkualiti

- Meluaskan perniagaan daripada membekalkan anak benih ikan keli kepada membekalkan ikan keli segar dan diternak didalam kolam simen pada waktu yang sama.

- Menjadi usahawan muda yang berjaya dalam hidup dan membuktikan bahawa bidang Akuakultur dan pertanian di Malaysia mampu menjamin masa depan yang cerah.